Ayahanda Bonda Ku



Ayahanda Bonda Ku,
Anak mu kini jauh dari mata mu, ingin ku kikiskan perasaan rindu ini,
tetapi tak ku mampu,
Biar pun kini ananda jauh dari pandangan mata mu yang makin layu,
Namun dalam hati ini masih ku ingat senyuman dan lambaian mu tatkala pulang ke asal mu.
Aku di sini.

Ayahanda Bonda Ku,
Jauh di mata mu aku berdiri,
Menempuh hari-hari mendatang tanpa di sisi mu, mencari segulung anugerah jauh di tempat orang,
Masih ku ingat lagi, susah payah mu membesarkan ku sehingga dewasa,
Memberi ku seribu satu nafas terus berjuang.

Ayahanda Bonda Ku,
Betapa perit nya hidup mu membesarkan ku, memastikan ku mampu berpakaian seperti orang lain, berpelajaran seperti orang lain,
Membanggakan anak mu seperti orang lain,
Kerana ku tahu, jauh di lubuk hati kecil mu, Aku lah harapan mu untuk menumpang kejayaan yang bakal aku kecapi.

Ayahanda Bonda Ku,
Tidak sia-sialah tenaga mu untuk merotan ku bila kesalahan aku lakukan,
Tidak sia-sialah tenaga mu untuk menengking aku apabila aku salah dalam perbuatan,
Tidak sia-sialah tenaga mu menghantar ku kesekolah menerima pendidikan terawal,
Tidak sia-sialah tenaga mu mencari sumber makanan tuk ku lahap bersama.

Ayahanda Bonda Ku,
Akan tetap ku ingat setiap kenangan yang tercipta,
Senyuman, tangisan, leteran, keperitan, keletihan yang di alami oleh mu,
Kerana ia suatu anugerah untuk ku bawa bersama dalam hidup ini.




Get Music Tracks!Create A Playlist!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...